Thursday, August 25, 2011

KOREAN LANGUAGE CLASS

Dalam post before ni aku ada cakap aku belajar bahasa korea sementara tengah cuti sem ni. Tapi aku tak pernah cerita secara detail pun pasal kelas tu. So, sekarang aku nak cerita la ni.

Nama kelas aku 1A. Kelas ni akan ada kelas setiap hari Isnin dari pukul 2.30 sampai 4.30 petang. Tapi kadang-kadang disebabkan hal-hal yang tak dapat nak dielakkan (conference, Korea Liberation Day, dll), hari Isnin takde kelas. So, kena ganti dengan hari lain la. Kadang-kadang ganti kelas waktu hari yang sama dengan kelas memasak. Pergh, masuk je Korea Plaza tu terus bau sedap. Dah la tengah bulan puasa ni. Students dalam kelas aku ni sangat best. Sangat sporting. Everytime orang lain bagi jawapan betul, kitorang akan tepuk tangan. Yeay!!!

Nama seonsaengnim aku Seong Chae-min seonsaengnim. Dia orang Korea. Tapi sekarang ni dia mengajar bahasa korea kat UM. Lepas habis mengajar kat UM, dia datang ajar kat Korea Plaza pulak. Dia dah kahwin. Camane aku tahu??? Hehe.. aku ternampak gambar kawen dia kat hp dia. Waktu nampak pic tu, aku dengan member sebelah siap tersengih-sengih. Haha..

Kelas lagi satu yang kongsi seonsaengnim yang sama is kelas 1B. Kawan aku yang pernah masuk kelas ni cakap students kelas ni sombong, unfriendly, etc. Mula-mula aku percaya la cakap dorang. Tapi tadi aku try la masuk kelas 1B, turn out students kelas tu ok je. Friendly gila. Tak de sombong pun. Aku siap sembang-sembang lagi dengan diorang. Yang non-muslim pulak siap wish Selamat Hari Raya kat aku lagi w’pun aku dari kelas lain. Tapi berbelit jugak la lidah aku tadi. Dari awal sampai hujung aku asyik kena speaking je. Dah la dah lama aku tak sembang dengan orang dlm english. Huhu..

p/s: cam tak caya je aku ada courage utk speaking english hari ni.

No comments:

Post a Comment