Wednesday, August 3, 2011

jiran belakang rumah aku

aku dah lama dah sabar. memang dah lama sangat-sangat. tapi kerana semangat kejiranan (kononnya...) aku tak ada la pergi serang rumah jiran belakang rumah aku tu. lagipun tak baik la nak pergi serang-serang rumah orang ni. nanti orang kata aku ni biadap pulak. 

ok la, sebenarnya aku tak berapa nak puas hati dengan jiran belakang rumah aku ni. everyday, without fail, pukul 3 pagi, dia akan tengok drama (bahasa tamil or hindustan aku sendiri pun tak pasti sebab aku bukan peminat cerita bahasa-bahasa tersebut...). dia pasang volume sikit punya kuat sampai aku tutup telinga dengan bantal pun aku still boleh dengar. dah la aku ni kadang-kadang insomnia. memang sah-sah la aku tak boleh tidur. 

*** tapi ada sekali tu aku rasa aku dengar dia pasang drama indon..musykil-musykil.....

No comments:

Post a Comment