Wednesday, August 3, 2011

because of QTI

hari pertama puasa (Isnin) hari tu aku kena QTI. QTI ni aku sendiri pun tak tahu apa nama penuh dia. yang aku tahu waktu QTI ni pemeriksa tempat aku belajar driving ni akan test driving aku. ala-ala pra test JPJ la kononnya. seperti dalam entry sebelum ni, aku ada beritahu yang setiap Isnin aku ada kelas Bahasa Korea kan.


sepatutnya QTI aku dibuat pada hari Jumaat yang sebelum puasa tu tapi disebabkan jalan sangat sesak & kakak yang ajar aku tu pun nak siapkan assignment, dia pun decide aku buat QTI hari Isnin je walaupun dia dah tahu aku ada kelas setiap Isnin. huh, nak tak nak terpaksa la aku sabarkan hati ni (sebab aku dalam fasa nak belajar bersabar sekarang ni..) & aku pun setuju la nak buat QTI hari Isnin.


so, Ahad malam aku pun call la kakak tu tanya dia nak ambil aku pukul berapa esoknya. dia cakap nak ambil dalam pukul 6.30 pagi sebab nak habiskan QTI aku cepat. aku pun ok je la. esoknya, aku tak tidur lepas sahur. bila aku dah siap-siap semua, aku pun tunggu la. 6.30 tak sampai lagi. 6.45 pun tak sampai lagi. 7.00 pun tak sampai. so pukul 7.15 aku pun call la dia. rupa-rupanya dia dah terlajak tidur!!! last-last dia ambil aku pukul 8.00 pagi. 


sampai kat tempat aku belajar driving tu je dah nak dekat pukul 9.00 (sebab tempat aku belajar dengan rumah aku jauh..). waktu aku sampai tu QTI dah start dah. aku punya turn no. 13. lama lagi kena tunggu. aku bajet boleh la aku habis dalam pukul 12.00 macam tu. tapi aku habis pukul 12 lebih, and kakak tu cakap adik dia ambil pukul 1.00. bila aku sampai rumah dah pukul 1.40 macam tu. mana la nak sempat aku nak pergi kelas bahasa tu. frust gila la!!


last-last aku tak pergi pun kelas bahasa tu and terpaksa pulak tulis e-mail kat orang Korea Plaza bagitahu kenapa aku tak datang. huhu...

No comments:

Post a Comment