Thursday, December 9, 2010

lain kali study betul2

Holla...

sebenarnya aku tengah berada di dalam keadaan yang sangat - sangat berdebar. my dearest friends cakap hari ni result keluar..tahap 'keberdebaran' aku ni rasa - rasa sukat guna termoneter tu boleh sampai terkeluar la agaknya merkuri warna silver dalam termometer tu.

haih.. (mengeluh sekejap)

aku tak boleh nak expect yang aku akan dapat result yang gempak sebab aku study pun takde la gempak sangat. macam - macam dugaan yang datang waktu study tu. dugaan - dugaan tu sebenarnya dah mengundang kemarahan aku disebakan aku punya tahap kesabaran ni sangat la nipis. macam tisu la, kalau kita baru je cucuk guna jarum pun dah berlubang. 

kalau ada sesiapa yang boleh rekomen kan kat aku buku yang boleh ajar aku tambah kesabaran dalam diri ni, sila - sila la ek. aku sangat - sangat menghargai. 

orang cakap "shoot for the stars, at least you'll get the moon" (betul ke ayat ni...?).tapi kalau dah study pun macam apa je, takkan la nak tipu diri sendiri and "shoot for the stars"??

lepas ni, aku dah tak boleh study macam mana aku study this sem dah. sangat - sangat TIDAK DIBENARKAN! membahayakan betul.

Bye Bye.

No comments:

Post a Comment